Dr. Luka
Salam Semboh
Misi Saya: Menyembuhkan 10,000 Luka dan Mengubah Kehidupan!
Saya Dr. Nathan Maniam (a.k.a Dr. Luka), seorang doktor perubatan dengan kepakaran dalam rawatan luka. Pengalaman saya dalam bidang ini bermula sejak lahir, apabila kaki kanan saya patah semasa kelahiran. Beberapa pembedahan diperlukan, dan proses penyembuhan luka yang panjang dirawat oleh ayah saya, meskipun beliau bukan dari bidang perubatan.
Pengalaman ini membuatkan saya memahami perasaan pesakit yang tertanya-tanya, "Bila saya akan sembuh?" atau "Bila saya boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa?"
Sebagai doktor, saya sering bertemu pesakit dengan luka yang lambat sembuh. Ini mendorong saya untuk menukar Poliklinik Sri Sendayan menjadi Klinik Khusus Rawatan Luka. Bersama pasukan saya, kami komited menyembuhkan 10,000 luka dan menyelamatkan kaki pesakit.
Namun, misi ini memerlukan sokongan anda. Sebarkan kesedaran tentang pentingnya rawatan luka yang sistematik kepada keluarga dan rakan anda.

Rawatan Luka dengan Teliti dan Prihatin ♥️
Di Poliklinik Sri Sendayan, Dr Luka merawat luka. Kami bukan sekadar mencuci luka (dressing), tetapi merawat dengan sistem khusus iaitu ‘Regime Dr Luka’. Fokus utama ialah untuk memendekkan masa & mengoptimasikan penyembuhan luka.
Ramai yang telah kita bantu. Jika anda memerlukan bantuan kami, kami sedia menunggu anda.
RAWATAN LUKA OLEH DR.LUKA
14
Tahun Pengalaman
2000+
Luka Disembuh
106
Ulasan Google
7000
Jam Merawat
Poliklinik Sri Sendayan
(Klinik Luka/ Wound Clinic)
6, Jalan Persiaran Metro, Sendayan 1,
Sendayan MetroPark, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Untuk menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan dan memastikan setiap pelanggan mendapat perhatian yang sepatutnya, kami beroperasi berdasarkan janji temu sahaja . Sila jadualkan lawatan anda lebih awal.